Gaji Pekerja Di Malaysia Dijangka Naik Hingga 20 Peratus Tahun 2023

Gaji pekerja di negara ini dijangka naik antara tiga hingga 20 peratus tahun ini.

gaji pekerja di malaysia dijangka naik hingga 20 peratus tahun 2023

Menurut Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023, kenaikan gaji itu bergantung kepada industri dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan bakal menyaksikan perubahan lebih besar dalam struktur gaji dalaman.

 

Laporan yang diterbitkan oleh Randstad, iaitu syarikat perkhidmatan sumber manusia terbesar di dunia melaporkan kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi di negara ini bakal memberi kesan terhadap kemampuan rakyat membeli barangan keperluan serta gaya hidup.

 

Selain itu, laporan berkenaan turut mendedahkan terdapat perkembangan kemahiran dari segi bakat dan kemahiran dalam tiga industri iaitu teknologi, pembuatan dan pembinaan.

gaji pekerja di malaysia dijangka naik hingga 20 peratus tahun 2023

"Industri teknologi akan menggunakan pendekatan pengurusan pekerja dan pengambilan pekerja yang lebih cermat, dengan menumpukan kepada permintaan bakat dalam perkomputeran awan, keselamatan siber, kepintaran buatan, Internet Segala-galanya (IoT), realiti maya serta blockchain.

"Permintaan bagi bakat teknikal dan komersial dalam industri pembuatan pula berterusan apabila syarikat berusaha meningkatkan transformasi digital 4.0 dalam automasi, pendigitalan serta pengalaman," kata laporan berkenaan.

gaji pekerja di malaysia dijangka naik hingga 20 peratus tahun 2023

Semak laporan penuh dilaman web Randstad.  Klik sini

 

Sumber: Sinar Harian