Tampil Pelakon Generasi Baru dan Lama, Filem Pulau Janji Kelainan Pada Penonton Di Pawagam

Filem bergenre thriller seram yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia pada tahun 2023 kini bakal menemui penonton seluruh negara Mac depan.

 

WebTVAsia, dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio, tampil dengan buah tangan baharu dengan filem berjudul Pulau.

 

Filem Pulau mengisahkan tentang bagaimana sebuah percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri dengan pertemuan kisah mistik yang menyeramkan dan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam, dahagakan darah dan ingin membalas dendam. Penonton boleh menjangkakan plot twist dengan heroin yang mempunyai sixth sense (Amelia Henderson) membongkar kebenaran yang telah lama terkubur oleh kutukan cinta terlarang.

tampil pelakon generasi baru dan lama, filem pulau janji kelainan pada penonton di pawagam

Filem terbitan WebTVAsia ini juga merupakan filem seram pertama yang berjaya membawa barisan pelakon baru yang berbilang kaum, multi-talented dan juga bintang Gen-Z yang popular dengan gabungan 35 juta peminat di media sosial.

tampil pelakon generasi baru dan lama, filem pulau janji kelainan pada penonton di pawagam

tampil pelakon generasi baru dan lama, filem pulau janji kelainan pada penonton di pawagam

Naskhah ini dibintangi oleh Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar. Barisan pelakon filem PULAU ini bukan sahaja terdiri daripada bintang filem, personaliti televisyen, dan pengacara sahaja, malah turut menampilkan persona yang berpengaruh di laman sosial, ratu cantik serta penyanyi.

tampil pelakon generasi baru dan lama, filem pulau janji kelainan pada penonton di pawagam

Treler rasmi Pulau dan kandungan yang lebih eksklusif boleh disaksikan di semua akaun media sosial rasmi (TikTok, Instagram, Facebook dan Twitter) Pulau The Movie serta saluran YouTube rasmi WebTVAsia, mulai hari ini (12 Januari). Filem Pulau juga dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 9 Mac 2023.