FIFA Mungkin Tukar Peraturan Ofsaid Ikut Cadangan Arsene Wenger

Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) dilapor bakal mengubah peraturan ofsaid, selepas meneliti cadangan yang dikemuka bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

 

Wenger yang kini bertugas sebagai Ketua Pembangunan Bolasepak Global FIFA, mencadangkan agar badan bolasepak induk itu membuat perubahan besar dalam peraturan ofsaid bertujuan mengurangkan kontroversi melibatkan mutu pengadilan dalam setiap perlawanan.

fifa mungkin tukar peraturan ofsaid ikut cadangan arsene wenger

Menurut laporan, ketika ini ofsaid dikira apabila sebahagian badan pemain yang boleh menjaringkan gol berada di depan pertahanan terakhir ketika bola dimainkan.

 

Namun Wenger mencadangkan seseorang itu hanya dikira ofsaid jika seluruh badan pemain itu melebihi pertahanan terakhir.

fifa mungkin tukar peraturan ofsaid ikut cadangan arsene wenger

Ia bermaksud, jika tangan pemain berada di hadapan kedudukan terakhir pertahanan lawan, maka ia tidak dikira ofsaid kerana tangan tidak boleh digunakan untuk menjaringkan gol.

 

Bagaimanapun FIFA akan mula menguji peraturan baharu ofsaid ini dalam beberapa perlawanan di Belanda, Itali dan Switzerland. Jika berjaya, maka ia akan diubah sepenuhnya dalam semua perlawanan bolasepak di dunia.

fifa mungkin tukar peraturan ofsaid ikut cadangan arsene wenger

Cadangan Wenger ini mungkin sukar dilaksanakan terutama sekali dalam pertandingan yang tidak ada VAR, seperti Liga Malaysia.

 

Sumber: Mirror UK