Ada 27 Stesen, Projek LRT Pulau Pinang Dijangka Mula Hujung Tahun Ini

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.

ada 27 stesen, projek lrt pulau pinang dijangka mula hujung tahun ini

Menurut beliau, pembinaan LRT fasa pertama itu merangkumi 27 stesen dengan jajaran laluan sepanjang 29 kilometer, bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas ke Tanjong Bungah.

 

Menerusi perbincangan bersama Kerajaan Negeri dan MRT Corp, projek fasa pertama ini akan mengambil masa sekurangnya lima tahun untuk disiapkan.

ada 27 stesen, projek lrt pulau pinang dijangka mula hujung tahun ini

"Cadangan kita projek ini akan mengambil beberapa fasa, fasa pertama sudah tentulah seperti yang dirancang sebelum ini iaitu dari LTAPP Bayan Lepas sampai ke Komtar tetapi kita lihat balik cadangan itu.

"Pihak MRT Corp kata adalah lebih sesuai laluan itu bermula daripada LTAPP, bukan berakhir di Komtar tetapi sambung ke Tanjung Bungah itu fasa pertama dari laluan 27 stesen dan 29 kilometer," katanya.

 

Ujar beliau, kos pembinaan LRT fasa pertama ini masih belum dimuktamadkan memandangkan tapak pembinaan depoh utama tidak ditentukan lagi.

ada 27 stesen, projek lrt pulau pinang dijangka mula hujung tahun ini

Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan dana kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek LRT di negeri itu.

 

Sumber: Astro AWANI