Bekas Penyerang Man. United Sedia Beraksi Bersama JDT, “Biar Bos Kami Tentukan,”

Bekas penyerang Manchester United dan kini penyerang pasukan Columbia, Radamel Falcao dilapor sudah bersedia untuk menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

bekas penyerang man. united sedia beraksi bersama jdt, “biar bos kami tentukan,”

Menurut pengendali JDT, Esteban Solari mengesahkan kemungkinan Falcao untuk berhijrah ke JDT adalah bergantung kepada keputusan pemilik kelab iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

 

Perpindahan Falcao ke JDT adalah selepas kontraknya tamat bersama kelab La Liga, Rayo Vallecano yang berakhir Jun depan. Malah media Sepanyol, Marca melaporkan Falcao juga bersedia untuk menyertai pasukan yang menjadi juara Liga Super sembilan kali berturut-turut ini.

bekas penyerang man. united sedia beraksi bersama jdt, “biar bos kami tentukan,”

"JDT yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menandatangani penyerang Colombia itu selama dua musim dan dia akan menjadi duta buat kelab dan bandar itu," lapor Marca.

 

Menurut Solari, tiada apa yang mustahil bagi perpindahan bekas penyerang Manchester United itu ke JDT, namun segalanya tidak boleh didedahkan lebih lanjut buat masa ini.

bekas penyerang man. united sedia beraksi bersama jdt, “biar bos kami tentukan,”

“Semua tahu ada kemungkinan tentang perpindahan (Falcao) ini berlaku dan sudah pasti situasi ini sedang diusahakan oleh bos kami (Tunku Ismail).

“Secara jujur, saya tidak boleh berkata lebih lanjut tetapi tiada apa yang mustahil dengan kelab besar seperti JDT. Cuma, biar bos kami yang akan tentukan kemudian,” kata beliau.

 

Terdahulu, JDT melakar kemenangan 3-0 keatas Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Liga Super di Cheras, kelmarin.

 

Sumber: Kosmo! / BH