Erling Haaland Terus Cipta Rekod Baru!

Nampaknya sejarah 7-0 berulang lagi. Hahaha 

 

Kalau sebelum ni Liverpool belasah Manchester United 7-0, kali ni giliran Man City laukkan RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara. 

 

City mara ke suku akhir dengan agregat besar 8-1. 

erling haaland terus cipta rekod baru!

Tapi yang lagi menarik, bintang City, Erling Haaland cipta rekod baru lagi dalam perlawanan pagi tadi. 

 

Mana taknya, game pagi tadi pun dia sorang je jaringkan 5 gol untuk City! 

 

Power betul Haaland ni! 

erling haaland terus cipta rekod baru!

Haaland sekarang ni merupakan penjaring terbanyak City dalam semusim apabila menjaringkan 39 gol dalam 36 perlawanan. 

 

Bukan tu je, pemain kelahiran Norway ni juga merupakan pemain termuda yang berjaya cecah 30 gol dalam saingan Liga Juara-Juara. 

 

Potong habis rekod Kylian Mbappe sebelum ni. 

 

Sabarrr, ada lagiii.. 

 

Haaland telah miliki 33 gol dalam 25 perlawanan sekaligus jadi pemain terpantas untuk mencecah 30 gol. 

erling haaland terus cipta rekod baru!

Slumber je dia pintas rekod beberapa legenda termasuk Samuel Eto’o,  Kaka dan Wayne Rooney. 

 

Setakat ni, Haaland dah jaringkan 5 hatrik dalam semua kejohanan musim ini. 

 

Pemain EPL pertama yang berjaya lakukannya selepas Harry Kane pada musim 2016/2017.  

 

Muda-muda lagi dah hebat. 

 

Agak-agak lepas ni apa lagi rekod yang nak dipecahkan si Haaland ni kan. 

 

Oleh Izzati Amir