Akaun Twitter Tak Aktif dan Terbiar Selama Bertahun Akan Dipadam – Elon Musk

Pemilik Twitter, Elon Musk telah mengumumkan pada hari Isnin bahawa Twitter sedang dalam proses menghapus akaun lama yang tidak aktif selama beberapa tahun.

akaun twitter tak aktif dan terbiar selama bertahun akan dipadam – elon musk

Menurut laporan Agensi Anadolu Agency (AA) yang mengutip kenyataan Musk, "Kami sedang memadam akaun yang tidak mempunyai aktiviti langsung selama beberapa tahun, jadi anda mungkin akan melihat penurunan bilangan pengikut."

 

Walaupun begitu, kriteria yang digunakan untuk menentukan penghapusan akaun pengguna masih tidak jelas. Dasar Twitter menyatakan bahawa pengguna perlu log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari, tetapi tidak diketahui sama ada syarikat itu akan menggunakan dasar ini untuk menentukan sama ada akaun akan dipadamkan atau tidak.

 

Keputusan Musk untuk menghapus akaun yang tidak aktif diambil semasa beliau menerajui Twitter selama tujuh bulan selepas membeli syarikat tersebut pada Oktober yang lalu dengan harga AS$44 bilion.

 

Sumber: BERNAMA