Siap Sedia, Jerebu Dijangka Landa Negara Bulan Ini Ekoran Dari Fenomena El Nino

Fenomena El Nino dijangka berlaku di Asia Tenggara pada Jun menyebabkan cuaca lebih panas dan kering yang akan memburukkan masalah jerebu khasnya di rantau Asia Tenggara.

siap sedia, jerebu dijangka landa negara bulan ini ekoran dari fenomena el nino

Laporan terkini dari ASEAN Specialised Meteorological Centre menunjukkan terdapat kualiti udara yang tidak sihat dan jerebu rentas sempadan di beberapa bahagian Malaysia, Myanmar, Thailand, dan Laos pada bulan April lalu.

 

Dr. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, pensyarah kanan di Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menjelaskan bahawa semasa El Nino, perubahan dalam corak angin menyebabkan suhu permukaan laut menjadi lebih panas.

 

Selain memanjangkan musim kemarau, El Nino boleh mengurangkan jumlah hujan di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, menyebakan mudahnya berlaku kebakaran terutamanya di hutan dan kawasan yang sedang menjalani aktiviti pembukaan tanah. Kebakaran ini kemudian melepaskan asap dan pencemaran udara, sebelum membentuk jerebu.

siap sedia, jerebu dijangka landa negara bulan ini ekoran dari fenomena el nino

Model iklim dari Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan kemungkinan kembali keadaan El Nino pada tahun ini, dengan kemungkinan terbentuknya El Nino yang kuat menjelang akhir tahun 2023.

 

Sarawak, sebagai contoh, telah mengenalpasti 23 titik panas disebabkan cuaca kering. Para saintis iklim percaya perubahan iklim ini dan kembalinya El Nino boleh mengakibatkan rekod suhu baru tertinggi.

 

Malaysia dalam pada itu telah mengalami fenomena El Nino sebanyak 12 kali sejak dari tahun 1951, dengan kes yang paling teruk berlaku pada tahun 1997-1998.

siap sedia, jerebu dijangka landa negara bulan ini ekoran dari fenomena el nino

Semasa berlakunya El Nino, keadaan sekitar yang kering, kebakaran hutan, dan pencemaran udara teruk menyumbang kepada peningkatan zarah halus dalam udara, yang menyebabkan masalah pernafasan dan kesan buruk lain kepada kesihatan.

 

Justeru, adalah penting untuk kita sama-sama mencegah kejadian jerebu menjadi lebih teruk dengan tidak membuat pembakaran terbuka, seperti yang pernah berlaku pada tahun 2019 akibat kebakaran hutan di Indonesia.

 

Untuk rekod, semak status indeks udara disini: http://apims.doe.gov.my/home.html

 

 

Sumber: NST