Kenyataan Dividen KWSP Dibayar Hingga Umur 75 Tahun Tidak Lagi Terpakai

Kenyataan lama tentang pembayaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga umur 75 tahun, adalah tidak lagi terpakai.

kenyataan dividen kwsp dibayar hingga umur 75 tahun tidak lagi terpakai

Perkara itu merujuk kepada satu kenyataan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp mengenai umur maksimum bagi pembayaran dividen itu baru-baru ini.

 

"Kami menggesa kepada ahli supaya berwaspada terhadap maklumat tidak sahih yang dihebahkan melalui saluran media sosial, dan sentiasa mengesahkan sumber dan tarikh maklumat tersebut.

"Ahli juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau menguar-uarkan maklumat yang tidak sahih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Seperti sedia maklum, berkuat kuasa 1 Januari 2017, ahli yang memilih untuk mengekalkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam akaun KWSP akan terus menerima bayaran dividen ke atas simpanan tersebut sehingga umur 100 tahun.

 

Langkah ini yang bertujuan membolehkan ahli yang memilih untuk mengekalkan simpanan di KWSP selepas persaraan untuk terus memanfaatkan gandaan dividen sehingga semua simpanan dikeluarkan oleh ahli.

 

KWSP berkata ia akan memaklumkan kepada ahli dan hanya akan memindahkan sebarang simpanan yang tidak dituntut apabila ahli berumur 100 tahun.

 

Sebarang tuntutan selepas pemindahan tersebut boleh dibuat melalui Pendaftar Wang Tidak Dituntut, katanya.

 

Sumber: BERNAMA / Astro Awani