Akibat ‘Seludup’ Squid Game Ke Korea Utara, Lelaki Ini Dihukum Tembak Mati

Seorang lelaki berdepan dengan hukuman tembak mati selepas pihak berkuasa negara itu mengesan terdapat salinan siri drama Squid Game yang diseludup masuk untuk tontonan pelajar sekolah menengah dinegara itu.

akibat ‘seludup’ squid game ke korea utara, lelaki ini dihukum tembak mati

Menurut laporan, siri itu dikatakan diseludup masuk menggunakan pendrive dan akibatnya penyeludup bakal berdepan hukuman.

 

“Seorang pelajar yang membeli ‘pendrive’ itu menerima hukuman penjara seumur hidup manakala enam yang lain yang menonton rancangan itu dijatuhi hukuman kerja berat selama lima tahun.

“Guru serta pentadbir sekolah telah dipecat dan dibuang kerja untuk bekerja di lombong terpencil,” menurut laporan itu yang memetik sumber.

 

Menerusi akta “Elimination of Reactionary Thought and Culture” yang diluluskan pada Disember 2020 di Korea Utara, terdapat larangan kemasukan dan penyebaran bahan budaya seperti filem, drama, muzik dan buku di negara itu. Ia bertujuan melarang penyebaran media dari Korea Selatan serta AS dan mereka yang didapati mengedar atau menggunakannya boleh dihukum.

akibat ‘seludup’ squid game ke korea utara, lelaki ini dihukum tembak mati

Terdahulu seorang lelaki telah dihukum bunuh secara terbuka kerana menjual pemacu dan cakera padat (CD) yang mengandungi bahan Korea Selatan.

 

Squid Game yang menjadi tontonan ramai diseluruh dunia telah menjadi sumber kemarahan dalam pemerintahan diktator.

 

Sumber: [1]