Gaji 10 Tahun Guru Tadika Sama Satu Hari Buat Video Live, Wanita Ini Sanggup Resign Kerja

Internet boleh menjadi sumber peluang rezeki untuk sesetengah individu, yang mana kuasa viral kadang-kadang dapat membuka banyak pintu yang menguntungkan.

gaji 10 tahun guru tadika sama satu hari buat video live, wanita ini sanggup resign kerja

Seorang guru tadika di Wuhan, China bernama Huang telah menjadi popular selepas video-video mengajar lagu kanak-kanak di platform media sosial China Douyin menjadi viral.

 

Beliau menjadi sensasi dengan video beliau mengumpul lebih daripada 100 juta tontonan, yang membuatkan beliau mahu meletakkan jawatan selepas memperoleh jumlah wang yang setara dengan 10 tahun gajinya dalam satu hari melalui siaran langsung.

gaji 10 tahun guru tadika sama satu hari buat video live, wanita ini sanggup resign kerja

Malah, ramai netizen menggalakkan beliau untuk terus melakukan siaran langsung, dan secara puratanya beliau boleh mendapat hampir 500,000 yuan dalam satu hari dari peminatnya.

Huang dengan perasaan terharu menyatakan rasa syukur kepada peminatnya, dan dilaporkan bahawa beliau telah pun menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pengurusan bakat.

 

Namun, ada yang meragui masa hadapan kerjayanya sebagai influencer, berbanding kerjaya sebagai guru yang lebih stabil dan mulia.

 

Sumber: Oriental Daily