Cheras dan Segamat Antara Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Hari Ini

Beberapa kawasan di Malaysia telah mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi hari ini, 17 April 2023.

cheras dan segamat antara kawasan catat bacaan ipu tidak sihat hari ini

Antara kawasan yang terjejas adalah seperti Cheras, Kuala Lumpur; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Segamat, Johor.

 

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU Segamat mencatatkan bacaan 108; Cheras, 151, manakala Seberang Jaya, 145.

cheras dan segamat antara kawasan catat bacaan ipu tidak sihat hari ini

cheras dan segamat antara kawasan catat bacaan ipu tidak sihat hari ini

cheras dan segamat antara kawasan catat bacaan ipu tidak sihat hari ini

65 stesen mencatatkan bacaan sederhana antara 51 hingga 100, setakat jam 9 pagi.

 

Untuk rekod, IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).

 

Sumber: APIMS