RM9.4 bilion Masih Dalam Simpanan, Ini Cara Semak Wang Tak Dituntut Anda

Setakat Februari 2021, sebanyak RM11.8 bilion wang tak dituntut telah diserahkan oleh pelbagai entiti kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

rm9.4 bilion masih dalam simpanan, ini cara semak wang tak dituntut anda

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.4 bilion telah dibayar balik kepada penerima berhak dan sebanyak RM9.4 bilion lagi masih berada dalam simpanan JANM setakat Februari 2021.

 

Wang Tak Dituntut (WTD) adalah wang yang perlu dibayar kepada tuan punya badan tetapi tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang satu tahun seperti gaji, bonus, komisen, serta tuntutan insurans yang telah diluluskan.

rm9.4 bilion masih dalam simpanan, ini cara semak wang tak dituntut anda

 

Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk semak WTD anda atau mungkin milik ibu atau bapa anda melalui cara berikut:

Langkah: 1: Layari https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2: Daftar sebagai pengguna di portal eGumis. Kemudian masukkan info yang dikehendaki dan buka email untuk sahkan pautan (link) yang diberi.

rm9.4 bilion masih dalam simpanan, ini cara semak wang tak dituntut anda

Langkah 3: Log Masuk. Masukkan maklumat yang dikehendaki.

Langkah 4: Masukkan IC individu yang kita hendak semak.

 

Jika anda mendapati anda mempunyai WTD, sila muat turun borang tuntutan atau boleh sahaja terus ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk langkah seterusnya.

 

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan WTD:

  • Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
  • Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport pemohon bagi bukan warganegara.
  • Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
  • Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
  • Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

 

Sumber: e-GUMIS / Kosmo! / Semakanonline