Hidung tersumbat ialah rasa sesak dan ketidakselesaan di dalam hidung. Masalah ini boleh berlaku untuk seketika atau berpanjangan, bergantung kepada puncanya.
Antara faktor yang menyebabkan hidung tersumbat adalah selesema, flu, sinusitis dan juga alahan. Jika tidak dirawat, ia boleh menggangu aktiviti harian, menyebabkan tidur terganggu serta keletihan.
Seorang doktor yang juga pempengaruh di media sosial telah berkongsikan tips dan cara mudah untuk melancarkan kembali hidung tersumbat dengan hanya menggunakan jari.
Beliau yang berasal dari Wales, United Kingdom menunjukkan cara dengan hanya meletakkan jari pada tepi hidung sambil menarik cuping telinga ke bawah. Katanya, kaedah ini dapat melancarkan laluan pada bahagian dalam laluan hidung dan telinga, menyebabkan cecair tersumbat mengalir.
“Saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk mencari kaedah ini, dan setakat yang saya faham, ia membantu membuka laluan antara sinus anda, membolehkan lendir mengalir,” kata beliau.
@doctorgibberish Tutorial how to unblock your nose in 60 seconds. It’s very simple and allows you to unblock your nose no matter how bad it is. I hope it helps. It took me about a week to find this method, and as far as I understand, it helps to unlock the passage between your sinuses, allowing the mucus to drain. This method was originally posted on another platform by a doctor called the motivational doctor and I think he explained it better than I have a code, so if you really interested in that go check him out. ##blockednose##lifehack##youwillnotbelieve##tiktokmademedoit##didyouknow ♬ original sound - Doctor Gibberish
Tidak dapat dipastikan sama ada kaedah itu benar-benar dapat membantu anda melancarkan kembali hidung tersumbat, namun jika anda berhadapan dengan masalah ini, segera dapatkan rawatan atau rujuk pada farmasi berdekatan anda.
Sumber: Tiktok / Hello Doktor