Para saintis angkasa lepas China telah mencadangkan untuk memperkenalkan satu sistem piawaian kalendar yang boleh digunakan seluruh dunia dan merentasi sistem suria.
Kalendar itu dikatakan tidak menggunakan putaran Bumi dan Bulan seperti kalendar sedia ada, maka ia boleh turut digunakan angkasawan yang berada jauh diluar Bumi.
.
Ketepatan masa dan tarikh adalah satu cabaran yang besar di angkasa lepas. Adalah mustahil untuk menentukan masa yang tepat di Marikh dengan menyeragamkan ia kepada masa di Bumi kerana ia mengambil masa 3 hingga 22 minit untuk isyarat radio bergerak dari Bumi ke Marikh, dengan juga kedudukan dan halaju relatif kedua-dua planet ini sentiasa berubah.
.
Untuk mencipta kalendar dan masa yang boleh berfungsi di luar Bumi, penyelidik mencadangkan untuk menggunakan pusat jisim sistem suria, atau "barycenter”, sebagai asal koordinat untuk menentukan masa dan tarikh di angkasa.
Ini berbeza dengan kaedah yang digunakan sekarang dengan planet asal kita berada di tengah-tengah sistem koordinat dan meridian Greenwich sebagai titik rujukan untuk penentuan masa.
.
Kajian mengenai kalendar dan masa ini telah diterbitkan dalam Jurnal Pengukuran dan Instrumentasi Elektronik.
.
China ialah kuasa besar angkasa lepas yang semakin membangun. Mereka juga telah membina stesen angkasanya sendiri di orbit Bumi yang rendah dan berlumba untuk menubuhkan pangkalan di bulan serta akan menghantar manusia ke Marikh.
.
Sumber: [1]