Kos Sara Hidup Meningkat, Wujud Cadangan Naikkan Gaji Mininum Penjawat Awam

Sejak kali terakhir dinaikkan pada 2016 iaitu hanya kepada RM1,200, kini wujud cadangan untuk menaikkan lagi skim gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800.

kos sara hidup meningkat, wujud cadangan naikkan gaji mininum penjawat awam

Cadangan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu adalah selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

 

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat, cadangan itu bakal menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

 

“Sekarang pada 2023 masih lagi RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing baru mencapai anggaran RM1,900 jauh daripada sasaran menjelang 2025.

"Kami mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.

"Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500," katanya.

kos sara hidup meningkat, wujud cadangan naikkan gaji mininum penjawat awam

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah sampai masanya untuk kajian semula dan penilaian dibuat terhadap gaji penjawat awam khususnya di peringkat rendah.

 

Sumber: Bernama