Saintis Ramal Bumi Mungkin Alami Gelombang Paling Panas Antara 2023 hingga 2027

Kajian terbaharu mendedahkan suhu purata bumi dijangka meningkat melebihi had 1.5 darjah Celsius buat pertama kali dalam tempoh lima tahun akan datang berikutan pemanasan global yang semakin bertambah buruk.

saintis ramal bumi mungkin alami gelombang paling panas antara 2023 hingga 2027

Malah, pasukan saintis dan penyelidik yakin bumi bakal memecahkan rekod suhu purata itu sebelum 2027.

 

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), suhu dunia mungkin melebihi had yang ditetapkan dalam tempoh lima tahun akan datang disebabkan oleh gabungan pencemaran haba dan faktor cuaca El Nino. Malah, fenomena pemanasan global juga boleh terjadi antaranya disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak, dan gas.

saintis ramal bumi mungkin alami gelombang paling panas antara 2023 hingga 2027

WMO melaporkan bahawa antara tahun 2023 hingga 2027 terdapat 66 peratus kemungkinan suhu bumi meningkat lebih daripada 1.5 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya satu tahun. Perubahan iklim yang cepat ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut, cuaca yang lebih melampau, dan kemusnahan ekosistem yang menjadi asas kehidupan.

 

Terdahulu, negara-negara di seluruh dunia telah sepakat dalam Perjanjian Iklim Paris untuk membatasi pemanasan global di bawah 2 darjah Celsius, dengan matlamat sebaik-baiknya 1.5 darjah Celsius. Namun, jika suhu melebihi paras 1.5 darjah Celsius, akan berlaku peningkatan mendadak dalam bencana banjir, kemarau, kebakaran hutan, dan kekurangan makanan.

saintis ramal bumi mungkin alami gelombang paling panas antara 2023 hingga 2027

Pada tahun 2016, suhu dunia mencapai tahap paling panas sejak tahun 2016 disebabkan oleh fenomena El Nino yang kuat. Banyak rekod suhu di seluruh dunia telah dipecahkan pada tahun tersebut. Contohnya, wilayah di Argentina mencatat suhu yang melebihi 10 darjah Celsius daripada bacaan biasa, manakala Benua Asia merekodkan suhu panas tertinggi pada bulan April. Situasi yang serupa juga berlaku di kawasan barat laut Pasifik dan Amerika Syarikat pada bulan ini.

 

NASA mengatakan bahawa batasan pemanasan sebanyak 1.5 darjah Celsius dapat melindungi kira-kira 420 juta orang daripada gelombang haba melampau. Walaupun cuaca La Nina membawa iklim yang lebih sejuk tiga tahun yang lalu, suhu dunia tetap meningkat ke tahap berbahaya. Tempoh lapan tahun yang lalu adalah tempoh yang paling panas dalam sejarah.

 

Sumber: BH