Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya, telah melancarkan Panduan Belanjawanku untuk individu dan keluarga di Malaysia 2022/2023.
Belanjawanku merupakan garis panduan perbelanjaan untuk merancang kewangan mengikut peringkat kehidupan serta kesesuaian perbelanjaan berdasarkan kos sara hidup di bandar-bandar terpilih.
Menurut laporan, secara purata individu bujang yang tinggal di Lembah Klang dan memiliki kenderaan sendiri memerlukan anggaran belanjawan sebanyak RM2,600 sebulan, berbanding bujang dan menaiki pengangkutan awam pula sebanyak RM1,930.
Berikut pula adalah anggaran belanjawan untuk tempoh sebulan bagi kategori berbeza, di Lembah Klang:
Jadual dibawah pula menunjukkan perbelanjaan untuk setiap kategori bagi bandar negeri-negeri lain di Malaysia:
Bagaimanapun, Belanjawanku tidak seharusnya dilihat sebagai piawaian untuk apa yang perlu dibelanjakan. Ia hanya memberikan garis panduan untuk perbelanjaan minimum yang anda perlu.
Rujuk dokumen ini untuk info lanjut : Belanjawanku 2022-2023