Budak 7 Tahun Maut Akibat Parasit Pemakan Otak Di Amerika Syarikat

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun telah meninggal dunia setelah dijangkiti parasit pemakan otak yang jarang ditemui ketika berenang di sebuah tasik di Amerika Syarikat.

budak 7 tahun maut akibat parasit pemakan otak di amerika syarikat

David Pruitt, 7, dibawa ke hospital beberapa jam setelah dijangkiti parasit yang membawa maut itu pada 30 Julai lalu.

 

Hasil bedah siasat mendapati, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat meningoencephalitis amoeba, yang biasa dikenal sebagai PAM, masuk menyerang otaknya.

 

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), parasit yang mematikan itu sering dijumpai di kawasan air terbuka seperti sungai, tasik atau kolam tidak terawat.

 

Kes telah dilaporkan di kolam renang yang tidak dirawat dan biasanya memasuki badan melalui hidung.

 

"Setelah parasit itu memasuki hidung, ia bergerak ke otak di mana ia menyebabkan PAM, yang biasanya membawa maut," kata CDC.

budak 7 tahun maut akibat parasit pemakan otak di amerika syarikat

Mereka yang terkena jangkitan parasit ini pada mulanya akan menderita sakit kepala yang teruk, mual dan muntah, bahkan halusinasi dan sawan ketika jangkitan bertambah teruk.

 

Kematian kanak-kanak lelaki itu berlaku hampir setahun selepas seorang budak lelaki Texas berusia enam tahun, Josiah McIntyre, meninggal pada bulan September 2020 setelah dijangkiti kumpulan parasit yang sama di Lake Jackson.

 

Tiga sampel air tercemar yang diambil dari tasik berkenaan telah diuji oleh CDC dua minggu setelah kematian McIntyre, dan ketiga-tiganya diuji positif dengan kehadiran bakteria maut itu.

 

Menurut CDC, jangkitan seperti ini amat jarang berlaku, dengan hanya 34 jangkitan yang dilaporkan di AS dari 2010 hingga 2019.

 

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakan air yang tidak terawat termasuklah sungai atau takungan air tanpa mendapat pengawasan dan nasihat daripada mereka yang pakar. Sentiasalah menggunakan sumber air yang bersih untuk aktiviti harian.

 

Sumber: [1]