Seakan sudah menjadi satu budaya dan pemikiran bila mana pekerja yang balik tepat pada masanya dianggap ‘kurang cemerlang’, berbanding dengan mereka yang sanggup menghabiskan masa di pejabat.
Meskipun tidak menjadi kesalahan pulang tepat pada masanya, budaya seperti ini adalah satu toksik yang sudah lama merebak dalam kebanyakkan pejabat atau tempat kerja khususnya di negara ini.
Baru-baru ini, seorang majikan di sebuah syarikat di Malaysia telah menjadi perhatian ramai apabila beliau sendiri turun padang dan memastikan anak buahnya pulang tepat pada masanya.
Ujar Ir Abdul Rahman Bahasa, pengarah di syarikat Recove Group Sdn Bhd, tindakan itu adalah bagi memastikan pekerjanya tidak mengalami burn-out semasa di tempat kerja.
Katanya, beliau bertindak sedemikian juga adalah bagi memenuhi syarat yang terkandung dalam ISO 9001.
“Dalam ISO 9001 and further dalam ISO 9002 under clause 7.1.4 ada bagi guidelines pasal environment for the operation.
“Secara general nya, sesuatu organisasi kena provide suitable environment untuk achieve the quality objective.
“Apa maksud "suitable environment"? Antaranya adalah "suitable psychological factor". Apa antara contoh "suitable psychological factor"? Jawapannya, stress reducing and burnout prevention.
“Macam mana nak kurang stress and elak burnout? Jawapannya PLAN!
“Planning very important. Aku memang apa² pun suruh staff² aku buat plan! So,kalau awal minggu dah plan nak buat apa. Just ikut plan yg ada. Kalau tiba² ada hiccup di tengah jalan, adjust planning accordingly.
“By the end nya apa? By the end objective achieved!!Tu je ultimate goal nya.. So,bila kita ada plan dan ikut plan yg kita buat. Boleh lah balik on time. Bila balik on time, less stress and finally it will prevent burnout condition.
“And yes it proven. During monthly constructive feedback session yg aku buat dgn staff aku. Dorg semua happy. Tak stress, tak burnout and finally achieve objective,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Pendekatan oleh beliau telah mencuri perhatian ramai dan rata-ratanya memuji tindakan seperti itu.
Sumber: Facebook