Pekerja Boleh Dipecat Jika Hina Majikan dan Rakan Sekerja Dekat WhatsApp

Mahkamah Jerman baru-baru ini telah memutuskan bahawa seorang pekerja boleh dipecat jika didapati bersalah menghina majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan WhatsApp peribadi.

pekerja boleh dipecat jika hina majikan dan rakan sekerja dekat whatsapp

Menurut laporan, hakim memutuskan bahawa walaupun ahli kumpulan WhatsApp berkongsi komen mereka secara peribadi, namun apabila ia menyentuh kenyataan menghina atau berbaur perkauman, kerahsiaan hanya terpakai dalam kes luar biasa.

 

Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis melaporkan jika kata-kata penghinaan dalam kumpulan Whatsapp itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat dan diberhentikan kerja.

 

Ia merujuk kepada satu kes yang mana sekumpulan rakan dalam kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan TUIfly, jelas membuat penghinaan jelas.

 

Tujuh rakan sekerja syarikat penerbangan itu saling bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun, menghina antara satu sama lain dan juga menghina mereka yang bukan dalam kumpulan Whatsapp itu.

 

Sebahagian daripada sejarah sembang dalam kumpulan itu telah disalin dan dijantar kepada majlis kerja, menyebabkan mereka akhirnya dipecat.

 

Mahkamah buruh dalam pada itu menimbang keputusan mahkamah rendah yang mendapati ahli kumpulan Whatsapp tersebut percaya bahawa sesi sembang mereka adalah sah dan rahsia.

 

Sumber: Bernama