‘‘Ku Sangka Beruang Betina, Rupanya Patung Hiasan,’’ - Beruang Jantan

Seekor beruang jantan dilaporkan tersalah anggap sebuah patung beruang yang dijadikan hiasan dilaman rumah sebagai seekor beruang betina, lalu bertindak mengucup patung tersebut.

‘‘ku sangka beruang betina, rupanya patung hiasan,’’ - beruang jantan

Insiden itu sempat dirakamkan oleh pemilik patung berkenaan, Doug Yarrow, 75, di kediamannya dekat Wyoming, Amerika Syarikat selepas terlihat seekor beruang hitam yang berada pada bahagian belakang rumahnya.

‘‘ku sangka beruang betina, rupanya patung hiasan,’’ - beruang jantan

Beruang hitam itu kemudian bertindak memeluk patung beruang yang diletakkan disitu sebelum cuba untuk bermesra-mesra dengannya.

 

Bagaimanapun, beruang jantan itu dilihat kecewa kerana patung beruang tersebut tidak memberikan sebarang reaksi kepadanya.

‘‘ku sangka beruang betina, rupanya patung hiasan,’’ - beruang jantan

“Beruang itu kelihatan seperti sedang mencari pasangan baharu. Ia menggeselkan tubuhnya pada patung tersebut.

“Selepas melihat aksinya itu, saya tidak dapat menahan ketawa,” kata Yarrow.

 

Menurut lelaki itu lagi, laman rumahnya sering didatangi pelbagai jenis haiwan liar termasuklah beruang kerana ia terletak berhampiran dengan Taman Negara Grand Teton. Bagi langkah keselamatan, beliau telah memasang kamera penjejak bagi merakamkan juga penemuan menarik dilaman rumahnya itu.

 

Sumber: [1]