Hubungan dan kisah percintaan model dan aktor terkenal ini sudahpun diketahui ramai.
Pun begitu, kisah cinta Gigi Hadid dan Leonardo Dicaprio ini tidak disenangi adik Gigi sendiri iaitu Bella Hadid atas alasan beliau tidak mahu kakaknya itu disakiti lagi oleh lelaki.
Memetik laporan, Bella menganggap Gigi seorang wanita yang baik dan Dicaprio adalah seorang lelaki yang tidak sesuai dengan kakaknya.
“Saya takut dengan nasib Gigi. Apabila heboh tentang hubungan percintaan mereka, saya jadi bimbang jika kakak saya disakiti lagi,” katanya.
Dalam masa sama, Bella berharap supaya Gigi dapat memberikan tumpuan kepada anaknya daripada memikirkan soal cinta.
Namun nasihat itu seakan-akan tidak diendahkan Gigi dan beliau tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan percintaan bersama pelakon filem Titanic itu.
Sumber: Kosmo!