Dikutuk Lepas Buka Purdah, Bekas Isteri Virgoun Minta Haters Block Dirinya

Sebelum ini, tular dalam kalangan peminat tindakan bekas isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdahnya selepas bercerai dengan suami.

dikutuk lepas buka purdah, bekas isteri virgoun minta haters block dirinya

Tindakan Inara itu jelas telah menimbulkan pelbagai komen darip netizen, baik yang positif mahupun negatif.

 

Malah, Inara turut dilihat kini mula bersolek serta berhias cantik, meskipun beliau masih dalam tempoh idah.

dikutuk lepas buka purdah, bekas isteri virgoun minta haters block dirinya

Sebelum ini, Inara mengaku membuka purdah nya demi Allah dan mahu mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya.

Komen negatif yang dilemparkan terhadap Inara telah menerima respon oleh bekas isteri Virgoun ini yang jelasnya meminta agar haters menemukan kebahagiaan dalam hidup selain dia mahu terus menjadi diri sendiri.

 

"Buat kamu yang haters, mudah-mudahan kamu menemukan kebahagiaan dalam hidup kamu dengan cara-Nya. Suka atau tidak suka, aku akan tetap dijalanku sendiri.

“Ada butang block diciptakan oleh Instagram. Jangan dibikin kecoh, boleh lakukan ya (block),” tulisnya di Instagram.

 

 

Dalam pada itu, Inara sempat menyatakan bahawa dia menyayangi semua, ditulis dalam bahasa Korea.

 

Sumber: Instagram @mommy_starla