Bayi Usia Lapan Bulan Maut Lepas Kunyah Wayar Pengecas Telefon

Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas menguyah wayar pengecas telefon mudah alih.

bayi usia lapan bulan maut lepas kunyah wayar pengecas telefon

Kejadian berlaku di kampung Siddarada, Karwar dekat Bengaluru, India selepas anak perempuan pasangan Kalgutkar mengunyah wayar yang masih bersambung dengan soket.

 

Mangsa, Sanidhya, lapan bulan terkena renjatan elektrik selepas menguyah wayar yang disambung ke soket dengan suis yang tidak dimatikan.

bayi usia lapan bulan maut lepas kunyah wayar pengecas telefon

Bayi itu dikatakan memegang wayar pengecas dan mengunyah pin wayar lalu terkena renjatan elektrik tanpa disedari kedua ibu dan bapa mangsa.

 

Mangsa segera dibawa ke hospital daerah, namun doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

 

Bapa mangsa yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (HESCOM), rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.

 

Untuk rekod, mangsa merupakan anak ketiga dalam keluarga pasangan berkenaan. Polis kemudian mendaftarkan kes kematian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

 

Sumber: TheHindu