Bayi Berusia 1 Hari Didapati Positif Koronavirus

bayi berusia 1 hari didapati positif koronavirus

Seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan selepas 30 jam telah didapati positif koronavirus. Perkara tersebut menjadikan kanak-kanak itu sebagai mangsa termuda yang dijangkiti virus itu.

Menurut laporan, bayi itu telah dilahirkan pada 2 Februari yang lalu dengan berat 3.25 kilogram itu tidak mengalami demam atau batuk, namun sesak nafas.

Selepas melakukan X-ray, mereka mendapati ada tanda jangkitan dan ketaknormalan fungsi pada hati. Buat masa ini, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan terus mendapat perhatian daripada pihak perubatan.

Sebelum itu, ibu kepada bayi berkenaan sememangnya telah disahkan positif koronavirus. Berdasarkan pakar di Jabatan Neonatal di Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Dr Zeng Lingkong, berkemungkinan bayi itu diserang virus ketika berada di dalam kandungan ibunya.

“Si ibu mungkin menjadi 'laluan' kepada anak untuk pemindahan (wabak) koronavirus,” katanya.

Sumber: Astro Awani