Ringankan Beban Rakyat, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 3 Diawalkan 26 Jun

Bagi memudahkan orang ramai bersedia menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 29 Jun depan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dipercepatkan seawal 26 Jun 2023.

ringankan beban rakyat, bayaran sumbangan tunai rahmah 3 diawalkan 26 jun

Menerusi satu kenyataan oleh Kementerian Kewangan (MoF), STR3 yang dijadualkan dibayar pada bulan Julai 2023 akan dipecepatkan mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023.

 

“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023. Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

 

Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:

ringankan beban rakyat, bayaran sumbangan tunai rahmah 3 diawalkan 26 jun

Orang ramai boleh membuat semakan STR3 mulai 26 Jun 2023. Rayuan untuk mereka yang benar-benar layak juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai ini.

 

 

Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my

 

Terdahulu, STR1 dan STR2 telahpun disalurkan pada Januari dan April lepas, manakala STR4 pula dijangka akan dibayar pada November 2023.

 

Sumber: MOF