Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diberi bagi membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Kini memasuki fasa kedua, bantuan STR akan dipercepat kepada mereka yang layak sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan bahawa pembayaran STR kepada mereka yang layak akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar secepat mungkin.
Sehubungan itu, individu yang layak dinasihatkan untuk membuat permohonan sebelum 31 Mac ini bagi membolehkan bantuan tersebut dikreditkan pada waktu yang tepat.
"Saya telah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan supaya meringankan mereka dengan bantuan STR fasa kedua yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadhan atau awal April.
"Kita akan keluarkan fasa dua ini untuk golongan B40 mendapat STR," katanya.
Ujarnya lagi, setakat 13 Mac ini, kerajaan telah menerima 320,103 lagi permohonan baharu
Semakan Syarat Kelayakan STR 2023
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Cara Kemaskini Permohonan STR
LANGKAH 1
Sila layari portal rasmi STR 2023 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
Klik butang Log Masuk.
LANGKAH 2
Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.
LANGKAH 3
Semak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.
> Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber: Astro AWANI / Ecentral