Awas Tanda-Tanda Ini Jika Anda Memandu Jauh Pulang Ke Kampung

Buat mereka yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, pernahkah sebelum ini anda mengalami keadaan bilamana anda terlelap seketika, dalam 1 hingga 30 saat?

awas tanda-tanda ini jika anda memandu jauh pulang ke kampung

Jika YA, anda baru sahaja mengalami ‘microsleep’.

.

Microsleep terjadi apabila segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Selalunya ia berlaku dalam masa 1 hingga 30 saat. Ia biasanya terjadi ketika sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri, keluarga dan orang ramai.

awas tanda-tanda ini jika anda memandu jauh pulang ke kampung

Microsleep juga sering terjadi sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

.

Simptom-simptom microsleep:

1. Tersengguk-sengguk

2. Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu

3. Mata terkebil-kebil

4. Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong

5. Tak boleh nak fokus

.

Paling utama berlakunya microsleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

.

Jika anda mempunyai simptom seperti diatas, pastikan anda berehat terlebih dahulu dimana-mana hentian yang selamat. Nak cepat-cepat pun nak kemana kan?

.

Sumber: Polis Johor / Public Health Malaysia