Lepas Seminggu Dilancarkan, Threads Hilang 25% Pengguna Di Seluruh Dunia

Selepas seminggu dilancarkan, aplikasi terbaharu dari Meta iaitu Threads dilapor mula mengalami kehilangan pengguna aktif.

dah boleh download, ramai pengguna twitter kini mula gunakan threads

Menurut laporan oleh syarikat data dan analitik digital, sejumlah pengguna aktif harian Threads menunjukkan penurunan kepada 25% di seluruh dunia.

 

Malah, jumlah pengguna aktif harian juga menurun kepada 20% dengan purata masa dihabiskan oleh setiap pengguna adalah 10 hingga 20 minit, bersamaan pengurangan sebanyak 50%.

 

Antara faktor penurunan pengguna aktif Threads adalah mungkin kerana pengguna hanya mahu mengikut trend semasa. Malah, aplikasi Threads juga mempunyai ciri yang masih lagi terhad, berbanding saingan utamanya iaitu Twitter.

 

Terdahulu, Threads menjadi aplikasi yang berjaya mencipta 100 juta pengguna hanya selepas lima hari ia dilancarkan.

 

Baca: Dalam Masa Lima Hari Je, Aplikasi Threads Dah Ada 100 Juta Pengguna!

 

Sumber: Fuzz.my