Ada Aksi Harimau Malaya dan Konsert Coldplay Di Stadium Yang Sama, “Ini Kali Kedua Berlaku..”

Konsert band popular, Coldplay yang bakal berlangsung pada 22 November ini mungkin akan menggangu jumlah kehadiran peminat Harimau Malaya untuk aksi Piala Asia 2027 sekiranya skuad negara beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

dah confirm 22 nov, peminat teruja nak beli tiket coldplay di malaysia!

Insiden itu hampir pasti mengulangi peristiwa Januari lalu yang mana hanya 21,000 tempat duduk boleh digunakan peminat bola sepak untuk menyaksikan aksi Malaysia bertemu Thailand di separuh akhir Piala AFF dek kerana bertembung dengan persiapan untuk konsert dari penyanyi Taiwan, Jay Chou.

ada aksi harimau malaya dan konsert coldplay di stadium yang sama, “ini kali kedua berlaku..”

Bagaimanapun menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, konsert Coldplay itu nanti tidak boleh menggangu mengganggu perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan diadakan sehari sebelum konsert berkenaan.

 

"Perkara ini sebenarnya saya telah bincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi.

"Saya telah menyatakan pada menteri perkara ini dah kali kedua berlaku. Perkara ini tidak boleh berlaku lagi. Beliau setuju kerana kita telah maklumkan kontrak kita dengan PSM ini.

"Semuanya dalam FIFA kalendar dan juga kalau nak buat apa-apa, perlu maklumkan kepada kita. Jika tidak, lebih baik jangan ada kontrak dengan PSM, lebih baik kita pergi stadium lain," katanya.

 

Bagaimanapun, jelasnya sebarang tindakan seterusnya akan diambil apabila undian sudah berlangsung sekiranya Harimau Malaya perlu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kita sudah buat beberapa persiapan untuk lihat kalau perlawanan berlangsung 21 November itu di Stadium Nasional.

"Konsert yang dibuat ini memang betul di luar kalendar FIFA, tetapi persiapan itu lima enam hari dan membuatkan sebahagian tidak boleh digunakan. Apa pun kita kena tunggu Julai untuk undian selain saya juga telah berbincang dengan AFC," katanya.

 

Sumber: Astro AWANI