Akaun Wanita Ini Disekat Kerana Dia Rasa Terlalu Cantik

Siapa kata mudah bila memiliki wajah yang cantik dan menawan hingga ramai yang merasa cemburu?

 

Akibat daripada mempunyai wajah cantik, akaun Twitter milik seorang model dari Florida, Amerika Syarikat didakwa telah disekat selepas menerima aduan daripada pengguna lain yang cemburu dengan kecantikannya itu.

akaun wanita ini disekat kerana dia rasa terlalu cantik

Whitney Paige Venable, 26, mendakwa kehilangan lebih 100,000 pengikut Twitter dan berasakan bahawa dia didiskriminasi netizen kerana menjadi seorang wanita cantik.

 

“Saya dikenakan sekatan hanya kerana menggunakan Twitter untuk menulis komen-komen mengenai rancangan televisyen atau berkongsi gambar dari akaun Instagram,” ujarnya.

akaun wanita ini disekat kerana dia rasa terlalu cantik

Katanya lagi, sekatan itu berkemungkinan disebabkan oleh gambar seksinya yang dijadikan gambar profil utama.

 

“Saya ada menukar gambar utama profil yang memaparkan saya memakai pakaian dalam serta menunjukkan bentuk badan.

“Secara tiba-tiba, akaun saya disekat. Ini adalah satu diskriminasi kerana terdapat banyak lagi gambar tidak senonoh yang dimuat naik pengguna lain di Twitter,” katanya.

 

Maka disebabkan itu, beliau yakin sekatan yang dikenakan keatas akaunnya itu adalah semata-mata kerana pengguna lain yang cemburu dengan kecantikkan wajahnya.

 

Sumber: Daily Star