Penyanyi kelahiran Sarawak, Zee Avi mengesahkan bahawa dirinya telah menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan kelahiran Jepun, Kenji Matano.
“Ya saya sudah menikah dengan Kenji Matano pada 22 November 2021,” kongsinya dengan Gempak.
Majlis pernikahan mereka diadakan di sebuah surau di Ampang pada Isnin lalu.
Dalam foto yang tular di media sosial, kelihatan Zee Avi memakai baju kurung moden putih lengkap berselendang dengan inai di jari sementara suaminya, Kenji, segak menggayakan baju Melayu putih lengkap bersamping dan bersongkok.
Sebelum itu, Zee Avi sempat berkongsi di Instagram Story miliknya, memuat naik sepotong video ringkas yang memberi gambaran sesuatu akan berlaku pada hari tersebut.
“Today is the day,” katanya yang juga berkongsi kotak sesi soal jawab bersama pengikutnya, sambil meminta mereka untuk meneka perkara yang dimaksudkannya.
Terdahulu, Zee Avi yang merupakan anak seni kelahiran Sarawak, pernah menempa populariti menerusi lagu “Kantoi” yang cukup sinonim dengan bunyi petikan ukulelenya.
Beliau mula mencipta nama di Amerika Syarikat pada 2005 dan merupakan penyanyi wanita Malaysia pertama yang berjaya memasuki carta Billboard Hot 200 Albums dan Billboard (Heatseekers Album).
Sumber: [1]