YouTuber Ini Membuktikan Netizen Sekarang Mudah Tertipu Dengan Hanya Sekeping Gambar

youtuber ini membuktikan netizen sekarang mudah tertipu dengan hanya sekeping gambar

Seorang YouTuber, Natalia Taylor telah melakukan satu social experiment di mana dia mahu melihat bagaimana netizen mudah terpedaya dengan hanya sekeping gambar.  Dia telah menggunakan akaun Instagramnya dengan 314,000 pengikut untuk menjalan eksperimen tersebut.

Natalia telah memuat naik beberapa keping gambar dan menyatakan dia sedang bercuti dalam keadaan penuh mewah di Bali. Walhal, dia hanyalah mengambil gambar tersebut di IKEA yang berhampiran dengan rumahnya.

Untuk memastikan gambar tersebut nampak real, Natalia telah mengupah seorang jurugambar professional, Ally Amodeo. Kemudian mereka menjalankan sesi pengambaran di kawasan pameran IKEA untuk menampakkan Natalia berada di sebuah hotel yang fancy di Bali.

Untuk menampakkan lebih dramatic, Natalia turut mengambil gambar di dalam bath tub, duduk di meja make up dan macam-macam lagi. Untuk beberapa gambar, masih kelihatan IKEA Tag tapi Natalia cuba edit agar tidak terlalu jelas kelihatan.

Selesai mengedit, dia terus memuat naik gambar tersebut pada akaun Instagramnya. Hasilnya, ramai yang betul-betul menyangka bahawa Natalia berada di Bali. Para pengikutnya begitu teruja dan memberi komen-komen yang penuh mengujakan.

Usai sosial eksperimen tersebut, dia telah buat satu video dan menyatakan apa dapatan eksperimen itu.

“Saya merasakan video ini memberi satu pengajaran kepada kita semua. Jangan percaya apa-apa yang anda lihat dekat internet. Kadang-kadang orang nak tipu tentang diri mereka dan benda tu bukannya susah pun nak buat”

Sumber: Mirror