Yoona Girls’ Generation Bakal ‘Tamatkan Zaman Bujang’ Dengan Lee Jong Suk?

Penyanyi Korea Selatan, Yoona Girls’ Generation dikhabarkan bakal bersatu dengan pelakon terkenal Lee Jong Suk dalam drama terbaru mereka!

yoona girls’ generation bakal ‘tamatkan zaman bujang’ dengan lee jong suk?

Pada 18 Mei lalu, timbul berita mengenai salah satu sumber dari industri yang mengatakan, “Yoona bakal memainkan watak pasangan suami isteri dengan Lee Jong Suk dalam drama Big Mouth.”

Sebagai respons terhadap laporan tersebut, agensi SM Entertainment kemudian mengesahkan, “Dia (Yoona) telah memperoleh tawaran untuk drama Big Mouth, dan kini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut secara positif.”

Dikhabarkan, Big Mouth merupakan sebuah drama yang mengikuti pelbagai kejadian pelik yang terjadi apabila seorang peguam kelas ketiga secara kebetulan mengambil alih satu kes pembunuhan. Ia kemudian membawanya kepada pendedahan terhadap pelbagai kebenaran yang selama ini tersembunyi.

Seperti mana yang diungkapkan dalam media tempatan pada bulan lalu, Lee Jong Suk juga kini sedang dalam perbincangan untuk memainkan watak peguam terbabit yang bernama Park Chang Ho itu. Sementara itu, Yoona pula ditawarkan untuk memainkan watak Go Mi Ho, yang merupakan isteri Park Chang Ho serta orang yang bertanggungjawab dalam menjadikannya seorang peguam.

Sekiranya Yoona menerima tawaran tersebut, ia akan menjadi drama pertamanya sejak Hush yang berakhir pada awal tahun ini.

 

Sumber: [1]