YG Entertainment Sahkan G-Dragon Akan Kembali Tak Lama Lagi

yg entertainment sahkan g-dragon akan kembali tak lama lagi

Nama G-Dragon atau GD sangat popular satu ketika dahulu sehinggalah sekarang. Kali terkakhir ahli kumpulan Big Bang ini muncul adalah pada Mac 2018. Jadi, ramai yang rindu akan persembahan mantap penyanyi ini.

So, kepada peminat-peminat GD make sure korag get ready sebab beliau akan kembali beraksi tak lama lagi. Perkara ini telah disampikan oleh YG entertainment kepada YTN star. Menurut syarikat rakaman tersebut, GD sedang mempersiapkan lagu barunya.

Bukan itu sahaja, sebuah portal hiburan juga telah melaporkan bahawa GD sedang berulang-alik ke studio. Perkara tersebut menguatkan lagi kenyataan akan kemunculan semula GD.

Weh! Tak sabarnya!

Sumber: Allkpop