Apabila kita bangun dari tidur semestinya kita nak melalui kehidupan yang penuh bertenaga. Salah satu cara untuk mendapatkan hari yang positif adalah dengan mandi pada waktu pagi.
Tapi, sebenarnya elok mandi air panas atau sejuk?
Menurut portal Healthline, air sejuk dapat ‘membangunkan’ korang pada waktu pagi. Kiranya, kalau rasa macam lesu dan tak ada semangat waktu pagi, seeloknya mandilah dengan air sejuk.
Selain itu, air sejuk juga dapat meningkatkan kadar oksigen dalam badan, meningkatkan kadar denyutan jantung serta meningkatkan tahap alert kita. So, pastinya kita akan melalui pagi yang best dengan air sejuk.
Jadi, mandi air sejuk pada waktu pagi adalah cara terbaik untuk mendapatkan hari yang bertenaga.
Sumber: Healthline