WHO Jangka 1 Juta Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

who jangka 1 juta kes positif covid-19 di seluruh dunia

Organisasi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa mereka menjangka 1 juta kes positif COVID-19 di seluruh dunia dalam beberapa hari lagi.

Berdasarkan laporan Astro Awani, melalui statistic Johns Hopskins Univeristy menunjukkan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di seluruh dunia mencecah 926,095 kes. Angka tersebut dilaporkan setakat jam 6 pagi 2 April waktu Malaysia.

3 negara yang melepasi 100,000 kes positif setakat ini adalah Amerika Syarikat dengan 209,071 kes, Itali pula mempunyai 110,574 kes dan Sepanyol mempunyai 102,179 kes. Sementara, tiga negara sudah pun mempunyai 50,000 lebih kes iaitu China (82,361), Jerman (77,779) dan Perancis (57,749).

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom turut menjangkakan bawaha angka kematian akibat COVID-19 adalah sebanyak 50,000 kes.

Uish, banyak tu. Semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini. Teruskan berada di dalam rumah dan jaga kebersihan korang, ok?

Sumber: Astro Awani