Tips Nak Jaga Blender Supaya Tahan Lebih Lama

tips nak jaga blender supaya tahan lebih lama

Blender adalah kegunaan wajib suri rumah. Boleh dikatakan hari-hari mak mak kita pakai blender untuk memasak. Alat ini memudahkan kerja mengisar dan menjimatkan tenaga dan masa. Semestinya alat ini harus dijaga dengan betul. Jom baca tips macam mana nak jaga blender ini dengan baik supaya tahan lama. 

1) Pastikan setiap kali penggunaan, blender dipasang dengan betul. Kebiasaannya bila tidak dipasang dengan betul, mesti ada some' parts yang longgar, ini boleh merosakkan blender.

2) Make sure bahan bahan yang nak di blend, tidak bersaiz besar. Seeloknya, potong kecil bahan bahan seperti bawang, halia atau lengkuas dan baru la masuk ke dalam blender. Bahan yang bersaiz besar boleh menumpulkan pisau blender.

3) Jangan letakkan bahan dengan jumlah yang banyak. Lebih elok kalau buat sedikit demi sedikit. Sabar sikit haha. Bahan yang terlalu banyak ibarat memaksa diri mengunyah makanan dalam mulut yang banyak. 

4) Selalu cuci bersih blender selepas digunakan. Lagi bagus kalau tuangkan air, sabun dan cuka dan blend sebelum di cuci. Setelah dicuci lap dengan kain lembut supaya pisau tak mudah berkarat. Hati hati semasa membersihkan blender, jangan sampai terkena pisau yang tajam tu.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rasa.my