Taman Tema Air Dah Boleh Mula Beroperasi Bermula 1 Julai

taman tema air dah boleh mula beroperasi bermula 1 julai

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memakluman bahawa kerajaan telah membenarkan taman tema termasuklah taman tema air untuk beroperasi semula.

54 buah taman tema dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai ini. Dengan pembukaan taman tema, 10,000 tenaga kerja akan mula kembali bertugas di tepat masing-masing.

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu ketika mengadakan sidang media semalam.

Walaubagaimanapun, semua pengusaha taman tema haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan juga jarakan sosial pada setiap masa.

 “Bagi taman tema, had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema. Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, serta pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan,” katanya dalam sidang media harian.

Yeayyy! Boleh lah pergi taman tema lepas ni.

Sumber: BERNAMA