TNB Beri Rebat One-Off Buat Lebih 70,000 Penduduk Yang Terjejas Akibat Banjir

Berikutan kira-kira 72,000 pelanggan domestik TNB yang terjejas akibat bencana banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil keputusan segera untuk memberi rebat 100% secara sekali bagi bil elektrik bulan Disember 2021.

tnb beri rebat one-off buat lebih 70,000 penduduk yang terjejas akibat banjir

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri menjadikannya sebagai satu bentuk persetujuan bersama kerajaan bagi menyantuni mangsa banjir.

Katanya, warga kerja TNB juga adalah ahli komuniti dalam pelbagai lapisan masyarakat, justeru mereka merasai bersama perasaan rakyat yang juga merupakan pelanggan TNB.

“Pemberian rebat dan peruntukan yang disediakan sebelum ini mencerminkan nilai-nilai teras warga TNB termasuk keprihatinan, di samping rasa kebersamaannya dengan rakyat,” kata beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian rebat tersebut kepada 72,000 pelanggan domestik TNB yang terjejas akibat bencana alam di negeri-negeri terlibat dengan peruntukan kecemasan tambahan bernilai RM9 juta.

 

Sumber: [1]