Siti Nurhaliza Hargai Nyanyian Azzam, Tekaan Neelofa Pun Tepat!

siti nurhaliza hargai nyanyian azzam, tekaan neelofa pun tepat!

Azzam Sham berjaya meraih gelaran juara Big Stage bagi musim ketiga dan menepati ramalan ramai. Kejayaan itu telah membuatkan Azzam membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan juga sebuah trofi.

Tapi, apa yang lebih menarik adalah komen penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kepada Azzam. Dalam satu hantaran tweet, beliau menyatakan penghargaannya kepada penyanyi tersebut kerana telah menyampaikan dengan caranya yang tersendiri.

Selain itu, salah seorang Presiden Netizen Big Stagee, Neelofa, telah membuat andian awal dengan menyatakan bahawa Azzam akan menjadi juara. Dan ternyata, andaian beliau sangat tepat dan mengena.

 

 

Tahniah kepada Azzam dan semoga terus bersinar dalam industry seni!