Seorang wanita telah meluahkan perasannya melalui laman Facebook confession yang dikenali sebagai NUS Whispers akan boyfriendnya yang menghadiahkan sebuah wallet bernilai SGD700 (RM2,157).
Dia menyatakan ketika melihat wallet yang berjenama itu, dia merasa sungguh sedih dan kecewa. Kemudian, dia menceritakan bahawa ketika hari lahir boyfriendnya, dia telah menghadiahi lelaki tersebut dengan wallet yang berharga SGD1,000 (RM3,081).
Dia juga turut menganggap jenama wallet yang diterimanya hanyalah untuk mereka yang tidak mampu tapi mahu kelihatan kaya.
APA! Sepatutnya bersyukur je lah kan dengan apa yang kita dapat. Ishk ishkk.
Confession tersebut telah viral dan telah mendapat lebih 3,900 perkongsian semula.
Sumber: NUS Whisper