Serbuk Kunyit Di Dapur Korang Tu Boleh Memberikan Kulit Yang Cantik

serbuk kunyit di dapur korang tu boleh memberikan kulit yang cantik

Artis Bollywood mempunyai wajah yang cantik dan berseri, koranag setuju tak? Salah satu tips mereka adalah kunyit!

Kunyit merupakan herba yang sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai khasiat. Ia mengandungai kurkuminoid, terdiri daripada kurkumin dan desmetoksikumin. Ia juga sangat tinggi dengan kandungan vitamin C.

Kebiasaannya juga kunyit dijadikan sebagai masker yang sangat popular untuk wanita di India. Kunyit membantu membasmi sel kulit yang mati dan memberi ruang untuk pertumbuhan sel-sel baru. Lain kata, memperbaiki kulit yang rosak akibat terdedah pada cahaya matahari.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah kulit sensitf boleh cuba cara ini. Kunyit juga boleh menyingkirkan jerawat kerana ia memiliki sejenis bahan yang dipanggil curcumin yang merupakan antibaketria.

Kunyit berfungsi sebagai anti-aging juga, kerana ia boleh menghapuskan kedutan dan kekalkan keanjalan dan beri seri pada wajah anda. Ia boleh melawan proses penuaan kulit. Selain itu memakai kunyit pada wajah boleh mengatasi masalah kulit berminyak. Ia berfungsi sebagai anti-radang dan mampu mencegah pertumbuhan jerawat yang mengawal lebihan minyak.

So kalau anda nak wajah yang cantik macam artis Bollywood, boleh la try guna kunyit.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita