Ketika orang lain berusaha untuk tampil lain dari yang lain untuk mas kahwin, namun lain pula cerita pasangan dari Indonesia ini iaitu Yudi, 24 dan Helmi, 20.
Pasangan muda dari Lombok Tengah ini telah berkahwin dan mas kahwin mereka hanyalah selipar hepun dan segelas air. Perkahwinan mereka pada hari Jumaat lalu telah mendapat perhatian di media sosial dan dilaporkan oleh Lombok Post.
Menurut Helmi, dia tidak mahu membebankan suaminya. Maka, dia sekadar meminta selipar Jepun dan segelas air sahaja sebagai syarat untuk mengikat ikatan mereka sebagai pasangan suami isteri.
“Betul, saya tidak mahu membebankan beliau.” Katanya kepada Lombok Post.
Air tersebut diminum oleh Helmi ketika majlis perkahwinanannya. Dia juga berkata bahawa dia akan menyimpan selipar Jepun tersebut untuk ditunjukkan kepada anak-anak mereka satu hari nanti.
Lombok Post juga melaporkan pasangan ini telah bertemu di Facebook beberapa bulan lalu. Selepas dua minggu berkenalan rapat, mereka terus mengambil keputusan untuk mengikatkan pertalian sebagai suami isteri.
Sumber: Malay Mail