Seorang Pelanggan Puding Buih Meninggal Dunia, Ahli Keluarga Lain Masih Dirawat

seorang pelanggan puding buih meninggal dunia, ahli keluarga lain masih dirawat

Baru-baru ini viral di media sosial akan kes keracunan makanan akibat makan puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Hari ini, salah seorang pelanggan makanan tersebut telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 10:40 pagi tadi. Mangsa merupakan seorang wanita berusia 25 tahun dan berasal dari Marang.

Mangsa telah menerima rawatan di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama 10 hari. Sebelum ini mangsa dirawat di wad biasa sebelum dimasukkan ke ICU. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas beberapa organ telah gagal berfungsi akibat kejutan sepsis.

Menurut laporan Sinar Harian, keluarga mangsa turut dirawat di hospital yang sama kerana turut menikmati puding buih itu.

Sumber: Sinar Harian