Rakyat Malaysia memang gemar makan-makanan yang pedas. Kalau tak cukup pedas mesti nak kena order cili potong ataupun cili jeruk. Sebut pasal cili jeruk, kalau kita makan mee rebus, mee celup, char kue tiau ataupun apa apa saja mesti lagi sedap kalau makan dengan cili jeruk. Cili jeruk sebagai penambah selera dan rasa memang terangkat!
Kalau makan cili jeruk mesti kat kedai je kan? Why not kita buat sendiri kat rumah sebab mudah je caranya. Mula-mula sediakan cili hijau yang segar dan cuci sehingga bersih sebelum dipotong. Kemudian masukkan cili yang dipotong ke dalam botol (bersaiz tin susu sejat) dan masukkan gula 2 sudu. Tutup penutup kemas kemas dan goncangkan botol. Jangan letak air ye! Perap selama 3 hari dalam peti ais.
Selepas perap 3 hari baru kita bubuh cuka. Hari keempat baru la cuka ready untuk dimakan. Cili kekal ranggup dan bila kita makan memang krup krup. Tak susah mana pun nak buat cili jeruk ni. Ingat ye, jangan sesekali letak air nanti tak ranggup. Selamat mencuba guys!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita