Sebaknya Dengar Linda Rafar Cerita Kembali Detik-Detik Sebelum Anaknya Pergi Mengadap Ilahi

sebaknya dengar linda rafar cerita kembali detik-detik sebelum anaknya pergi mengadap ilahi

Kehilangan seseorang pastinya memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Namun, setiap yang pergi akan meninggalkan memori untuk dikenang tatkala kerinduan.

Berkongsi memori detik-detik sebelum pemergian anak buat selama-lamanya, pelakon Linda Rafar berkongsi perkara tersebut di dalam SYOKCast Confession Bilik Gelap.

“Memen seorang anak yang sihat, tak pernah sakit, tak pernah admitted dan terlalu aktif di sekolah” Linda memulakan cerita.

Bagaimanapun, sampai satu tahap anaknya memuntahkan makanan berkali-kali membuatkan Linda mengambil keputusan untuk mengadakan MRI. Pada waktu ini lah segala persoalan terjawab.

Hasil MRI menunjukkan dalam badan Memen terdapat daging seberat 1 kilogram pada luar usus.

“Allah duga Memen ni sakit perut dan tiba-tiba ke tahap stage 4, kehidupan linda 100 %  bertukar, jadi lain. Dan Linda tak jadi diri Linda sebab Memen asalnya sakit perut je.” Cerita Linda dengan penuh tabah.

Apa yang paling menyayat hati adalah detik-detik sebelum Memen meninggalkan mereka semua. Linda menceritakan bagaimana Memen berkongsi kisah dengannya tatkala beliau terlihat akan kepulan awan putih berdoa kepadanya.

“Semalam, Memen nampak ada awan putih masuk dalam bilik ni dan berdoa untuk Memen.”

Tidak sampai di situ, Linda juga berkongsi kisah bagaimana Memen menceritakan beliau terlihat dua ekor kuda putih sedang menunggunya.

“Tadi Memen nampak dua kuda putih ada kepak tengah tunggu Memen.” Kata Linda menceritakan kembali detik tersebut.

Begitu lah serba sedikit bingkisan perkongsian Linda Rafar. Kalau korang nak tahu kisah lebih lanjut, dengarkan SYOKCast Confession Bilik Gelap bersama Linda Rafar.