Ketika dunia semakin hilang dengan sifat perikemanusiaan, masih ada insan-insan yang terus berusaha sebaliknya. Salah seorang yang dunia miliki adalah anak kelahiran Kluang, Johor iaitu Datin Hajjah Norlina Alawi.
Bagi mereka yang mengikuti dunia aktivisme dan sukarelawan pasti sahaja mengenali dengan figura hebat ini. Beliau mempunyai tujuh orang anak kandung, empat orang anak tiri dan 33 orang anak angkat yang sah mengikut undang-undang.
Beliau merupakan seorang aktivis yang senantiasa berusaha untuk menyelamatkan anak-anak yang digelarnya sebagai anugerah Tuhan. Ketika ditemubual dalam SYOKCast Confession Bilik Gelap beliau menceritakan anak-anaknya.
“Anak anugerah ini terdiri daripada yatim piatu, pesakit HIV aid yang terbiar dan terdampar dan lain-lain lagi. Terbaru, saya dapat 5 porang anak orang Asli yang mak telah meninggal dunia akibat barah otak.”
Pasti sahaja ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan beliau gagah dalam membantu anak-anak ini. Namun, Datin Hajah Norlina menyatakan bahawa kekuatan yang beliau dapat adalah daripada jiwanya yang penuh dengan sifat keibuan.
“Orang cakap ada duit dan sebagainya tapi saya Cuma ada sekeping hati dan jiwa keibuan yang mungkin Allah titipkan untuk saya.”
“Sekiranya dinamakan anak, saya tak akan berkompromi. Saya akan berusaha untuk memayungi mereka. Mereka anak yang tak berdosa. Yang lahir ke dunia untuk mendapat hak sama seperti orang-orang yang lain.” Cerita beliau dengan penuh sebak.
Anda kena dengar SYOKCast ni sebab banyak perkongsian menarik dan menginspirasikan. Tak semua orang sanggup mendedikasikan hidupnya untuk membantu mereka yang dianugerahkan Tuhan dengan jalan cerita yang berbeza.
Kalau nak dengar play je dekat bawah ni:
Episod 1
p/s: Sediakan tisu sesiap