Ronaldo Pecah Rekod Dunia!

ronaldo pecah rekod dunia!

Pada usia 36 tahun, Cristiano Ronaldo masih memecahkan rekod dunia. Bintang Portugal itu kini merupakan penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa dengan 111 gol! Ini selepas dia menjaringkan 2 gol untuk bantu pasukannya tumpaskan Republic of Ireland 2-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022. Rekod sebelum ini dipegang oleh penyerang Iran, Ali Daei dengan 109 gol.

ronaldo pecah rekod dunia!

Ronaldo akui gembira selepas perlawanan tersebut tamat. Katanya bukan sahaja kerana dia berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak tetapi moment manis apabila dia menjaringkan kedua-dua gol tersebut pada hujung perlawanan. Keputusan itu juga meletakkan Portugal di tangga teratas kumpulan A dengan 10 mata selepas 4 perlawanan.

ronaldo pecah rekod dunia!

Prestasi Ronaldo ketika ini pasti menggembirakan penyokong Manchester United kerana superstar bola sepak dunia itu telah melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford. Tempat dia mula menempa nama sebagai antara pemain muda terbaik dunia. Nama Ronaldo amat sinonim dengan trofi dan kejuaraan. Mampukah dia membawa United kembali menjulang trofi? Adakah Ronaldo individu yang akan membantu Ole Gunnar Solskjaer ketika ini untuk meraih trofi pertamanya sebagai pengurus Manchester United?

 

Oleh: Karami Kamel